Tips Memilih Hospital Bersalin

Teks Oleh: Anne Ilani



Tips paling penting dalam memilih hospital bersalin pada saya adalah..
Hospital Rakan Bayi
Kelahiran ketiga-tiga anak saya, Rafy, Rian dan Refa baru-baru ini semuanya di hospital yang sama. Hospital itu adalah salah satu Hospital Rakan Bayi. Minat sungguh hospital tersebut. Hihihi.

Semuanya lahir di Hospital Putrajaya.

Saya kongsi pengalaman saya sendiri bersalin di Hospital Putrajaya iaitu Hospital Rakan Bayi ini ya.

Ketiga-tiga anak saya memang saya bersama mereka sepanjang masa ('rooming in') selepas bersalin. Bagus tau 'rooming in' ni dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Anak pertama saya, Rafy. Rafy tidak pandai menyusu tau! Dia hanya letakkan mulut dalam puting tapi tidak menghisap. Alahai anak...hihi.
Bila saya maklumkan pada nurse bertugas, nurse tersebut datang menjenguk kami dua beranak.
Dia betulkan posisi menyusu saya.
Periksa lekapan Rafy.
Geletek-geletek kaki Rafy.
Nurse siap pujuk-pujuk Rafy untuk menyusu.
Lepas tu, terus Rafy pandai menghisap. Seronok bukan kepalang saya tau. Terima kasih tau misi.

Semasa dengan Rian, Dr Hamidah yang menyambut Rian memang membenarkan Rian 'skin to skin' dengan saya. Rian lahir tanpa apa-apa masalah sejurus dikeluarkan dari perut saya. Maka, dapatla Rian 'skin to skin' dengan saya. Lama juga. Seronok sangat masa tu tidak dapat digambarkan.

Semasa dengan Refa pula, perkara yang menarik adalah sewaktu saya sedang menunggu kebenaran untuk membawa Refa pulang, nurse mengajak saya ke bilik sebelah untuk mendengar ilmu ringkas tentang penyusuan susu ibu. Tiada paksaan tau. Baby yang baru dilahirkan pun dibenarkan masuk bersama-sama ibu. Malah, kami sangat dialu-alukan untuk bertanya sebarang soalan berkaitan penyusuan susu ibu. Ceramah itu beserta dengan BBM (bahan bantu mengajar) lagi. Bagus sangat sebab dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada kami. Ada anak patung bayi. Ada model breast. Ada tayangan LCD projektor. Dengan sabar juga nurse menjawab pelbagai persoalan yang kami ajukan.

Sebut tentang Hospital Rakan Bayi ini, tahu tak apa yang dimaksudkan tu?

Hospital Rakan Bayi ini adalah..
'Hospital yang mencapai 10 KRITERIA global yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation Children's Fund, UNICEF)'
Kriteria ini dipanggil " 10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA"
Antaranya adalah:

1. Hospital itu sendiri mempunyai polisi bertulis tentang penyusuan susu ibu yang disampaikan kepada semua anggota kesihatan secara berkala.

2. Melatih semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.

3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan yang betul.

4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran. Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit (skin to skin) sejurus selepas kelahiran sekurang-kurangnya 1 jam selepas kelahiran. Membantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan berikan bantuan jika perlu.

5. Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu yang betul dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah daripada bayi.

6. Tidak memberikan bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.

7. Mengamalkan pendekatan ibu bersama bayi setiap masa ( rooming-in) bagi memastikan ibu dan bayi bersama-sama selama 24 jam.

8. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.

9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu.

10. Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik.

11. Pematuhan Tata Etika- Semua anggota kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.

12. Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care) Polisi Hospital yang menyokong dan mengamalkan kelahiran dan Penjagaan Amalan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care)

13. Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi.

Sumber/Rujukan:
Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi Kriteria Baru WHO/UNICEF, KKM (2009)


Ini adalah salah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan pelbagai strategi bagi membantu golongan-golongan ibu untuk menggalakkan penyusuan susu ibu yang berjaya.

Haaa.. jadi lepas ni jika sedang berkira-kira untuk memilih hospital mana untuk bersalin, pilih la hospital-hospital yang telah mencapai kriteria-kriteria seperti ini dan telah pun diiktiraf. Senang cerita, 'Hospital Rakan Bayi'. Bagus sangat dan boleh membantu ibu-ibu untuk mendapat ilmu yang betul tentang penyusuan susu ibu.

Sebenarnya, pada tahun 2015, saya telah menerima jemputan sebagai Blogger ke Majlis Penghargaan Hospital Rakan Bayi Peringkat Kuala Lumpur dan Putrajaya di Dewan Perdana Nur, Aras B1, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ( KWPKM).


Tidak sangka juga.
Asal sekadar dari suka-suka menulis blog, ada pula orang hargai.

Alhamdulillah..

Tapi yang sedihnya, jemputan ini tidak dapat saya hadiri. Sedihkan? Majlis dijalankan semasa hari bekerja, tambahan lagi peperiksaan SPM semakin hampir. Sekolah sedang padat dengan aktiviti persediaan untuk murid menduduki SPM. Makanya, suami la yang dapat pergi. Tidak mengapala. Semua yang berlaku adalah sebaik-baik perancanganNya. (Walaupun dalam hati, jeles tidak terkata).


Suami bersama rakan blogger yang lain.

Di dalam majlis tersebut ada dinyatakan hospital-hospital yang mendapat pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi.

Di antaranya adalah,

Hospital Kerajaan



Hospital di Bawah Kementerian Pelajaran Tinggi




Hospital Swasta






Selain itu, terdapat banyak lagi hospital-hospital lain yang merupakan Hospital Rakan Bayi. Boleh rujuk di link ini

http://nutrition.moh.gov.my/inisiatif-hospital-rakan-bayi-bfhi/

Untuk makluman juga, sokongan penyusuan susu ibu bukan hanya berhenti di fasiliti kesihatan sahaja. Ada penubuhan-penubuhan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Ini juga salah satu dari 10 LANGKAH ke arah inisiatif Hospital Rakan Bayi.

Ada persatuan, kumpulan dan NGO yang terlibat bagi membantu dan menolong menyampaikan maklumat yang tepat demi menjayakan penyusuan susu ibu.

Antaranya,

Malaysia Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC)
Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia (PPPLM)
Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Kuala Lumpur (Titisan Emas)
The Breastfeeding Advocates Network.

Saya kini ahli MBfPC.

In sha Allah boleh membantu ibu-ibu yang ada masalah berkaitan penyusuan susu ibu. Sama seperti yang selalu saya war-warkan sebelum ini. 

Jadi, sudah buat keputusan akan bersalin di hospital mana? 😃


Nor Ilani Md Noh
Rakan Pembimbing Penyusuan Anda.
0196219659









Comments