Teks Oleh : Anne Ilani
Pinggan Sihat Malaysia.
Apa tu?
Saya pun baru tahu sebenarnya. Alangkah ketinggalannya diriku. Tidak mengapa, 'Better Late than Never'. Hihihi.
Pinggan Sihat Malaysia ni sebenarnya satu konsep pemakanan sihat yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mudah sahaja.
Bayangkan ada satu pinggan. Bahagikan pinggan tadi kepada 4 bahagian.
Bahagian 1 : Karbohidrat (Nasi, mee, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi).
Bahagian 2 : Protein (Ikan, ayam, daging, kekacang)
Bahagian 3: Sayur-sayuran
Bahagian 4: Buah-buahan
atau,
Bahagian 1 : Karbohidrat (Nasi, mee, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi).
Bahagian 2 : Protein (Ikan, ayam, daging, kekacang)
Bahagian 3: Sayur-sayuran
Bahagian 4: Sayur-sayuran
Perasan tak yang Bahagian 3 dan 4 tu bukan Buah-buahan untuk kedua-duanya?
Kenapa pula ya?
Sebabnya...kita nak memastikan pemakanan kita mempunyai serat sihat di dalamnya di samping mengurangkan kadar penyakit kencing manis/ obesiti/ penyakit berkaitan kardiovaskular. Kebanyakan buah-buahan kan manis.
Di samping itu penting sangat pengetahuan mengenai Pinggan Sihat ini terutamanya untuk wanita. Kenapa?
Sebabnya, wanita ini kebanyakannya adalah ibu-ibu yang memasak untuk keluarga. Jika, semua ibu-ibu faham tentang ini dan boleh amalkan di rumah alangkah baiknya kan?
Jadi, bolehla muat turun disini http http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/84.
Yang bawah sekali, ada gambar Pinggan Sihat Malaysia. Print dan tampal di dapur. Jadi, dapat semua ahli keluarga nampak dan ibu pun boleh patuhi amalan pemakanan yang betul. Hihihi.
Sebenarnya, ilmu baru ni saya dapat daripada ceramah daripada Dr Nadrah Ariffin. Sebelum naik sekolah 2018, saya sempat menyertai satu program sukarelawan di bawah MBfPC.
Pengalaman pertama saya bersama persatuan ni. Seronok juga. Tidak pernah kan? Habis saya angkut anak-anak yang tiga orang tu bersama papanya sekali. Hihihi.
Sampai-sampai set up booth dulu.
Macam-macam program ada. Ada Pemeriksaan Kesihatan Wanita dan Keluarga secara Percuma dari KPMC iaitu
Pemeriksaan BMI
Pemeriksaan Glukosa
Pemeriksaan Tekanan Darah
Pemeriksaan Kolesterol
Pemeriksaan Payu dara
Pemeriksaan Pap Smear
Tidak lepaskan peluang. Percuma kan? Hihi |
Saya, suami, Rafy dan Rian pun join tau. Rafy Rian siap buat pemeriksaan BMI kanak-kanak.
Rafy buat pemeriksaan BMI. Nampak kurus tapi normal rupanya. Hihi |
Rafy masuk juga pertandingan mewarna. Jadila, dapat hadiah saguhati. Yang penting dapat pensel warna percuma. Hihi
Di dalam program hari ini, saya dapat bertemu dengan penulis buku Hebatnya Susu Ibu, Puan Rita Rahayu Omar, IBCLC. Sebelum ni, beli buku sahaja, kalini bertemu empat mata. Ramah dan humble orangnya. Selain daripada Dr Nadrah Ariffin, Pn Rita Rahayu juga ada bersama dalam program bual bicara mengenai penyusuan susu ibu dan keindahannya. Seronok dapat bertemu dengan orang hebat-hebat. Dapat tambah ilmu semestinya.
Pn Rita Rahayu Omar (tengah), Dr Nadrah Ariffin (tudung merah tinggi) |
Ini pengalaman pertama saya bersama program MBfPC. Seronok juga dapat bertemu rakan-rakan MBfPC yang lain.
Terima Kasih atas pengalaman ini. Terima Kasih atas ukhuwwah ini.
Nor Ilani Md Noh
Rakan Pembimbing Penyusuan Anda
0196219659
Comments
Post a Comment