14 Makanan Penggalak Susu (Milk Booster)

Teks Oleh: Anne Ilani

Tahukah anda bahawa mengikut kajian saintifik, TIADA makanan terbukti meningkatkan susu ibu. 

TIADA

3 langkah utama teknik meningkatkan susu ibu adalah:

1) Nurse the Breast, Not the Nipple: Lekapan yang betul
2) Watch the Baby, Not the Clock : Susukan bayi mengikut feeding cue
3) Feed Early and Often: Demand vs Supply

Tapi, jangan lupa bahawa pengeluaran dan pengaliran susu dipengaruhi oleh dua hormon utama:

1) Prolaktin : Memastikan susu terhasil lebih banyak
2) Oksitosin : Memastikan pengaliran susu lebih lancar

Saya rasa makanan 'milk booster' ini sebenarnya bertindak atas hormon oksitosin / hormon gembira tadi.

Rasa gembira mengunyah badam satu persatu.
Rasa puas menghirup teh panas halia.
Rasa bertenaga apabila makan kurma.
Rasa gembira apabila meneguk susu soya ESP sejuk.

Ini semua akan mempengaruhi pengaliran susu kita. Jadi, tiada salahnya mencuba untuk makan makanan yang dikatakan menjadi 'milkbooster' kebanyakan orang. Ya kebanyakan orang. Bukan Semua orang. Apapun, tiada salahnya mencuba. Cari milk booster anda dan Enjoy Breastfeeding ya.

Di sini, saya senaraikan 14 Makanan Penggalak Susu (Milk Booster) kebanyakan ibu-ibu menyusu:


Bijiran Oat ini kaya dengan zat besi dan dengan itu sangat disarankan diambil oleh ibu-ibu yang mengalami anemia atau hemoglobin rendah.

Selain itu, bonus bagi ibu yang mengamalkannya ialah boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah seperti alfalfa dan halba.

Pilihan saya adalah Rolled Oat. Sedap sangat sebab sambil makan boleh kunyah-kunyah. Mengenyangkan juga. Jadi, ibu menyusu boleh sambil diet. Gitu.


Halba atau fenugreek ini memang nama besar dalam milkbooster. Herba ini diluluskan oleh FDA (Food and Drug Administration) Amerika Syarikat. Halba ini boleh meninggikan paras prolaktin dalam aliran darah tau!!

Saya turut amalkan halba semasa berpantang. Ambil semug air panas mendidih dan masukkan sesudu halba. Rendam dan biarkan seketika. Bila sudah suam, boleh hirup perlahan-lahan. Saya letakkan juga sesudu kecil gula perang. Sedap sedikit. hihi

Mengikut Dr. Faridah Idris, MBBS, IBCLC di dalam bukunya, Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu, cara pengambilan halba ini adalah satu hingga empat kapsul (580-610 mg), sebanyak tiga hingga empat kali sehari. Kesannya dapat dilihat dalam masa satu hingga tiga hari. Apabila penghasilan susu sudah pulih, ibu boleh berhenti mengambilnya.

Walau bagaimanapun, halba tidak digalakkan diambil oleh ibu yang mempunyai kencing manis, mengambil ubat warfarin ataupun alah kepada kekacang.




Sama seperti halba, biji habbatus sauda ini boleh direndam di dalam air panas selama 15 minit dan diminum air rendamannya.





Makanan berasaskan kacang soya seperti susu soya, tempe dan tauhu sebenarnya boleh diambil dalam kuantiti sederhana dalam diet seharian ibu menyusu.

Rutin pagi saya setiap pagi, saya akan bersarapan pagi dengan secawan susu sejuk soya ESP dan rolled oat. Saya blend sekejap supaya lebih halus. Cubala. Rasanya enak sangat.

Saya tidakla mengatakan yang itu milk booster saya. Tapi, saya suka dan rasa gembira bila dapat meneguk ESP sejuk dan rolled oat begitu hampir setiap hari. Kenyang perut, senang hati kan?

Mungkin atas sebab itu, susu soya ESP dan Oat itu menjadi punca hormon oksitosin saya meningkat dan pengeluaran susu saya lebih lancar.


Kurma ini merupakan salah satu milkbooster yang powerful. Kandungan di dalam kurma dikatakan mengandungi bahan yang menyamai sifat hormon prolaktin.

Saya biasanya memilih untuk makan kurma dalam angka ganjil iaitu 3 atau 5 biji. Saya turut kisar bersama susu soya ESP terutamanya semasa menyusu di dalam bulan Ramadhan.

Alhamdulillah. Memang tidak terasa letih berpuasa walaupun menyusukan anak. Maklumla, kurma mengandungi kandungan zat besi yang tinggi.



Kurma Cina berbeza daripada kurma biasa. Isinya keras dan agak kering. Ia perlu direneh dan diminum airnya sesudah suam.




Sama seperti kurma cina, longan kering juga perlu direbus dan diminum airnya.

Saya pernah mencuba beberapa kali merebus longan kering bersama kurma cina ini. Selain itu, saya turut masukkan biji goji (dipercayai oleh masyarakat Cina untuk kesihatan mata), gula kabung dan kurma hitam. Semuanya saya beli di kedai singseh Cina. Rasa nyaman minum suam-suam.


Kekacang seperti badam, walnut, biji gajus dan makadamia juga dipercayai mampu meningkatkan penghasilan susu.

Namun begitu, ambil dalam kuantiti sederhana dan pilihla yang tidak bergaram.

Memadai mengambilnya maksimum tiga kali sehari dengan kuantiti segenggam sekali makan.





Edamame adalah sejenis kacang yang sering kali dihidangkan di restoran makanan Jepun. Boleh dimakan mentah.

Macam rupa kacang buncis kan?hihi
Saya pun tidak pernah cuba lagi.








Cuba masukkan ulam-ulaman ini (pegaga, daun cekur manis/ pucuk manis, pucuk betik/ betik muda, jantung pisang) ke dalam menu kita di saat kuantiti susu merudum. Sayuran berdaun hijau ini kaya dengan vitamin B dan zat besi yang dikatakan dapat membanyakkan susu.

Lobak putih ini sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.

Salah satu makanan semasa saya berpantang. Makan pula bersama nasi panas dan bawang putih panggang. Memang terangkat!







Mengikut Dr. Faridah Idris, MBBS, IBCLC di dalam bukunya, Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu, alfalfa ini merupakan salah satu herba yang sering dikaitkan dengan peningkatan susu ibu di negara Eropah.

Saya memilih Alfalfa Complex daripada Shaklee kerana ianya dalam bentuk tablet yang mudah ditelan dan dihasilkan daripada daun alfalfa organik yang bermutu tinggi. Ditanam secara organik di California, bebas daripada pestisid dan herbisid dan menggunakan baja kompos sahaja. Tiada batang atau akar alfalfa dimasukkan sebagai bahan dalam pembuatan tablet alfalfa ini. Bagus kan? Dan, jangan tidak tahu bahawa Alfalfa Complex ni merupakan Shaklee Signature. Sama macam kalau kita pergi ke restoran-restoran mewah, mesti hendak mencuba signature dish kan?



Halia juga boleh dimasukkan ke dalam masakan atau dibuat teh halia dan dihirup panas-panas. Nyamannya.












Ini termasukla lemak mono dan poli tak tepu seperti yang terdapat di dalam ikan salmon dan avokado. Lemak sihat ini turut dikatakan boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.

Pilihan saya, saya amalkan 3 biji Omega Guard setiap hari sebelum sarapan pagi. Omega Guard ini diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun dan menjalani tiga kali penyulingan untuk memastikannya tulen, bersih dan selamat dari pencemaran laut.

Baiklah, itu sahaja entri saya kali ini. Semoga membantu ibu-ibu yang sedang mencari ikhtiar untuk meningkatkan susu ibu. 

Tapi, apapun, ingat tiga konsep asas, 

1) Nurse the Breast, Not the Nipple

2) Watch the Baby, Not the Clock 

3) Feed Early and Often


Patuhi tiga konsep asas ini dahulu ya? Enjoy Breastfeeding..

Rakan Pembimbing Penyusuan Anda,
Nor Ilani Md Noh
0196219659





Comments