8 Petua Banyakkan Susu Badan Secara Tradisional

Teks Oleh : Anne Ilani


Rafy
Rian
Refa
Saya berpantang ketiga-tiga anak ini tanpa ibu sendiri. Ibu saya pergi mengadapNya ketika lagi dua minggu sahaja lagi saya akan melahirkan anak pertama saya, Rafy. Pemergiannya secara mengejut di pagi 1 Ramadhan.

Al Fatihah buat ibu yang sangat dirindui, Laila Ab Gani.

Maka, sepanjang saya berpantang, untuk satu minggu pertama, saya dijaga oleh Ummi, mak mertua saya. Beberapa amalan berpantang Ummi adalah minum air suam panas dan mandi air rebusan daun. Daun-daun ini semuanya import dari  jauh. Dari Kelantan. hihihi. Sungguh bersemangat Ummi saya.

Orang Melayu ni sememangnya kaya dengan petua tradisi.

Petua tradisi kurangkan baby jaundis, mandi dengan daun belimbing buluh.
Petua tradisi kurangkan demam denggi, minum air rebusan daun betik.
Petua tradisi naikkan seri muka, cuci muka dengan beras hancur bersama kunyit.

Macam-macam kan?

Termasuklah petua banyakkan susu pun tidak ketinggalan.

Berjayakah?
Berkesankah?

Tepuk dada, tanya selera. Tiada salah mencubanya asalkan tidak berlebihan atau terlalu taksub.

Dan, sekali lagi 3 Konsep Utama Penyusuan Susu Ibu mestilah dipatuhi dahulu. Petua-petua ini tiadalah maknanya jika 3 konsep utama ini tidak dipatuhi dahulu ya.

1) Nurse the Breast, Not the Nipple: Lekapan yang betul
2) Watch the Baby, Not the Clock : Susukan bayi mengikut feeding cue
3) Feed Early and Often: Demand vs Supply

Di sini, saya kongsikan 8 Petua Banyakkan Susu Badan Secara Tradisional.


Bunga Melur atau nama saintifiknya Jasminum sambac, banyak digunakan dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat India. Bagi masyarakat Melayu antara kegunaannya adalah untuk menambahkan air susu ibu. 

Caranya:

1. Daun bunga Melur digiling hingga halus 
2. Daun yang sudah digiling halus ditampal sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi.
3. Cuci bersih sebelum menyusukan anak.

(Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu, Dr Faridah Idris, MBBS, IBCLC, halaman 231)


Kini budaya memakan sirih semakin hilang ditelan zaman. Namun begitu, khasiat lain daun sirih juga dipercayai dapat menambahkan susu ibu.

Caranya:

1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih.
2. Layurkan pada api sehingga layu.
3. Setelah suam, tuamkan pada payu dara.
4. Lakukan setiap hari sehingga susu anda bertambah.



Ini semestinya petua yang tidak akan pernah lapuk ditelan zaman. DOA kan senjata orang mukmin. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah Hujurat dan sapu di kedua belah payu dara. Sambil menyusukan, kita sentiasalah mengusap rambut dan mencium bayi kita.

Susu ibu sebenarnya adalah anugerah dan rezeki Allah untuk bayi. Mintalah kepada Allah supaya diberikan rezeki yang melimpah ruah bagi perkembangan bayi.

"Allah turun ke langit dunia, ketika sepertiga malam masih tersisa.
Allah menyeru,
'Adakah antara hambaKu yang berdoa kepadaKu supaya Aku mengabulkan permintaannya?
Adakah antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu supaya Aku mengampuninya?
Adakah antara hambaKu yang meminta kepadaKu , supaya Aku memenuhinya?'
(Hadith Al Bukhari dan Muslim)

Mohonlah. Berdoalah. Jangan pernah berputus asa ya ibu-ibu. Kita berusaha menyusukan bayi sekurang-kurangnya dua tahun seperti saranan Al-Quran. Dia Maha Mendengar.

                                                                               

Yang ni favourite saya semasa berpantang. Nasi panas, halia muda yang ditumbuk halus digaul dalam air asam. Wahhhhhh....memang terbaik!! Amalan ini mampu mengembalikan tenaga di samping dipercayai dapat menambah kuantiti susu ibu. Cubalah sebagai menu berpantang, rugi kalau tidak mencuba. Air Asam tu memang aummmmm..


Banyakkan juga minum susu sekurang-kurangnya tiga hingga empat gelas susu sehari. Ini penting untuk menampung keperluan tubuh ibu. Ibu lebih sihat dengan protein dan kalsium yang cukup.
( Manual Kehamilan: Panduan Penjagaan Ibu dan Bayi :Tengku Azmanira Raja Husin, halaman 194 ). Bila ibu lebih sihat, ibu boleh menjaga anak dan menyusukan anaknya dengan lebih baik kan?

Saya seorang ibu yang tidak tertelan susu lembu segar/ susu lembu kotak. Cuba juga minum tapi nanti semua rasa ada. Semua rasa yang tak best pula tu. Adodoi. Jadi, pilihan yang ada adalah minum susu soya. Pilihan saya, Energised Soy Protein (ESP). Bagusnya ESP ni menggunakan soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non GMO). Tulen dan organik gitu. Tambahan lagi dengan rutin cikgu dan ibu anak tiga yang sibuk, protein soya berkualiti tinggi ni memang saya perlukan untuk memastikan saya kekal bertenaga sepanjang hari. Chaiyokkkk chaiyokkk!!



Kita boleh mengurut payu dara dengan urutan lembut sebelum memulakan penyusuan. Ini untuk merangsang pengaliran susu yang lebih lancar.

Lakukan urutan lembut tau. Bukan kasar atau dengan cara yang tidak betul. Dua cara urutan yang disarankan adalah:

1) Cara Membulat: Ampu payu dara dengan satu tangan. Jari pada tangan yang satu lagi diluruskan  dan urutkan kawasan pada payu dara yang diampu tadi secara membulat. Mulakan dari kawasan atas payu dara ke bawah iaitu ke arah areola.

2) Cara Menegak: Urutkan kawasan payu dara secara menegak dari bahagian atas ke arah areola. Urut secara lembut dan perlahan-lahan sahaja.

(4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya, Zuain Ghani, halaman 32)


Ada yang menggunakan kaedah menyikat payu dara dengan sikat rambut secara menghala ke puting. Ini juga bertujuan untuk memastikan aliran susu yang lebih lancar.



Sebenarnya kan, tiada data kukuh yang mengatakan pengambilan air yang banyak dapat meningkatkan jumlah susu ibu. Memadailah minum sekadar yang perlu dan apabila ibu berasa haus.

Tapi,  ada ibu yang berasa lebih tenang apabila dapat minum secawan air suam sebelum dan selepas menyusu atau memerah susu.

Jangan pula memaksa diri minum air sebanyak mungkin tapi dalam keadaan stress. hihi. Minum dengan seadanya dan happy. Enjoy gitu. Barulah hormon oksitosin bertindak dan hasilnya susu pun meriah.

Saya memang suka minum air suam panas sebelum menyusukan anak semasa berpantang. Hirup suam-suam macam tu sambil membayangkan tangki susu tumpah mengalir melimpah ruah. Hihihi

Bolehla cuba mana-mana petua yang dirasakan sesuai. Tapi, apapun pastikan tiga konsep ini dipatuhi dulu ya.

1) Nurse the Breast, Not the Nipple
2) Watch the Baby, Not the Clock 
3) Feed Early and Often


Salam Sayang Penyusuan daripada saya,

Rakan Pembimbing Penyusuan Anda
Nor Ilani Md Noh
0196219659

Rujukan:
Pa & Ma, Ogos 2015

Comments