7 Tips Elakkan Sembelit Ketika Berpantang

Teks Oleh: Anne Ilani


Teringat cerita seorang sahabat. Ketika dia bersalin anak pertamanya. Bayinya keluar dengan berat 3.65 kg. Boleh tahan besarnya. Anak pertama pula tu. Makanya, ibu menerima banyak jahitan episiotomi. Di kampung, dia mengalami masalah sembelit yang agak teruk. Lama katanya di tandas. Susah sungguh rasanya. Berpeluh-peluh. Nak meneran sangat takut jahitan terbuka. Seksa sangat.

Takut kan?

Hanya ibu berpantang sahaja yang memahami rasa seksa sembelit bila berpantang ya.

Saya juga ada pengalaman itu. Pengalaman ngeri.
Itu sahaja mampu saya katakan.
Anak pertama kan?
Kita pun tidak punya banyak pengalaman.

Tapi, selepas itu saya lebih bersedia. Membaca. Mengkaji. Mencari solusi. Hasilnya, bila bersalin anak kedua, saya lebih bersedia. Penuh ilmu atasi sembelit ibu berpantang di dada. Gitu. Hahaha.

Saya kongsikan 7 Tips Elak Sembelit Ketika Berpantang ya. Hadam betul-betul.

1. Minum banyak air suam.

Jadi, cadangan orang-orang tua dahulu yang beritahu kita, 'Ibu berpantang jangan minum air banyak, nanti kembang'. Mohon abaikan. Mitos sahaja ya. Senyum boleh, ikut jangan.

Lebih banyak cecair akan membuatkan najis lebih lembut. Maka, lebih senang untuk dibuang keluar. Apatah lagi kita ibu-ibu yang menyusukan anak ni, memang akan buat kita lebih dahaga. Jadi kita perlu banyak minum air. Minumlah sedikit demi sedikit, tetapi kerap. Minum air suam-suam pada sesetengah ibu akan membuatkan dia lebih tenang tau. Bila tenang, hormon oksitosin akan bertindak dengan lebih baik. Jadi, susu lebih lancar.

2. Makan makanan berserat tinggi

Terutama buah-buahan. Bahan serat ni sangat membantu melawaskan penghadaman. Saya dulu selalu makan buah prune Sun Sweet tu. Sedap dan melawaskan. Hihihi. Bahagia rasanya.

3. Banyakkan pergerakan semasa rehat berpantang.
Bukan suruh pergi berjoging pun. Hahahah. Matilanak kalau berpantang lepas tu pergi berjoging. Buat pergerakan ringkas seperti bangun dari katil atau berjalan dengan kerap dalam jarak yang dekat-dekat sahaja. Duduk atau baring terlalu lama boleh membuatkan sembelit lebih teruk tau.

4. Janganla tahan.

Kalau rasa hendak membuang, segeralah ke tandas. Jangan ditahan-tahan. Hilangkan rasa fobia dengan fokus kepada perkara lain, contohnya membaca buku. Tarik nafas dalam-dalam, relax dan lepaskan..hihihi

5. Betulkan posisi. 


Cuba posisi mirip mencangkung.

Caranya:
1) Duduk sepenuhnya, tetapi jangan mencangkung, kerana badan masih belum stabil.
2) Luruskan belakang tetapi bongkok sedikit iaitu 35 darjah.
3) Angkat lutut supaya lebih tinggi dari pinggung.
4) Letak kaki di atas bangku supaya lebih tinggi, dan pijak dengan jari kaki.
5) Dalam masa sama, letakkan siku di atas lutut. 

Tujuannya supaya berada dalam posisi paling mirip dengan mencangkung, kerana posisi inilah yang paling baik untuk menggerakkan usus.


6. Pengambilan ubat julap. 

Dapatkan preskripsi daripada doktor. Kan ibu sebelum balik dari hospital akan dibekalkan dengan ubat cecair tu. Saya semasa di Hospital Putrajaya dibekalkan dengan Lactul. Air gula pekat melekat manis yang amat. Tapi cukup powerful. Lembut. Lancar ja. hihihi. 

Amaran: Jangan beli sebarang ubat julap tanpa mendapat konsultasi yang betul ya, kerana bukan semua ubat julap serasi dengan ibu. Penggunaan ubat julap yang berterusan pun adalah tidak baik untuk kesihatan usus.

7. Pengambilan suplemen magnesium.
Magnesium dalam bentuk suplemen kalsium-magnesium sangat membantu dalam melawaskan sistem penghadaman.

Ramai orang takut nak ambil suplemen kalsium kerana katanya nanti akan jadi sembelit. Silap haribulan, kalsium berkumpul dalam buah pinggang. Lepas tu jadi batu karang dan kena operation pula. Takutnya.

Hihi. Ada benarnya. Menurut Dr Alan H. Pressman, D.C., Ph.D., C.C.N., di dalam bukunya Complete Idiot's Guide to Vitamin & Mineral,

"You also need magnesium to use other vitamins and minerals properly. Vitamin C and calcium both work better, for example, when there's plenty of magnesium around"


Magnesium dan kalsium ni kiranya BFF (Best Friend Forever) tau. Magnesium ni bagus untuk penghadaman kerana dua sebab:

1. Memerangkap air di dalam usus. Apabila air banyak di dalam usus, ini akan melembutkan najis. Seterusnya menyebabkan pergerakan najis menjadi lebih lancar.

2. Menenangkan otot di dalam usus. Ini membantu menghasilkan ritma yang lancar melalui proses peristalsis. Pergerakan najis lebih lancar. Maka, sembelit pun dapat dielakkan.

Pilihan saya Ostematrix dari Shaklee. Ada 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang, elak sembelit. 


Kapletnya pula bersaiz kecil dan mudah sangat ditelan.  Nampak kan di botol pun tulis ' Easy to Swallow'. 

4 biji sebelum tidur dan hasilnya 

'Tiada Lagi SEMBELIT yang Menyeksakan'.

Bukan setakat tiada lagi sembelit yang menyeksakan, pil Ostematrix ini juga hebat kerana memastikan sumber kalsium ibu berpantang yang selalunya sakit-sakit tulang, lenguh pinggang ni lebih baik. Bila badan ibu lebih sihat, ibu akan dapat menjaga babynya dengan lebih baik, kan? Dan tentu sahaja ibu dapat menyusukan bayi dengan lebih selesa kan?


Jadi, buat ibu-ibu di dalam pantang terutamanya di Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Kajang, saya cadangkan untuk buat persediaan awal sebelum bersalin dengan pil kalsium-magnesium ni. Senarai WAJIB tau! Saya boleh hantar terus kepada anda. Cepat. Pantas. Terus di tangan anda. Sambil-sambil tu, kita share Journey Breastfeeding kita.

Pengedar Shaklee Anda
Nor Ilani Md Noh
0196219659



Comments