6 Petua Merawat Puting Luka (Sore Nipple)

Teks Oleh: Anne Ilani




Teringat saya pada sahabat yang bertekad sungguh untuk menyusukan anaknya secara eksklusif. Rupa-rupanya jurnal penyusuannya tidaklah semudah yang disangka. Semasa saya melawatnya semasa berpantang, dia mengeluh bahawa putingnya terlalu sakit. Bila dia menunjukkan pada saya, saya sendiri berasa ngeri kerana sebaik sahaja dia membuka bra menyusunya, kulitnya melekat pada bra. Pedih dan nyilu melihatnya.

Tetapi, sahabat ini tidak sedikit pun mengalah. Terus juga dia berusaha melakukan pelbagai cara.
'It is just a phase', katanya.

Baguskan? Salute sahabat saya ini.

Di sini saya kongsikan,

6 Petua Merawat Puting Luka:

1. Setiap kali selepas menyusukan bayi, perahkan sedikit susu/ kolustrum dan sapukan pada puting. Susu ibu mengandungi antibodi dan makrofaj yang boleh mengubati luka.

2. Pastikan puting yang luka tadi sentiasa lembap. Kajian menunjukkan puting luka yang disapukan pelembap Vaselin lebih berkesan untuk dirawat berbanding membiarkan puting dalam keadaan kering. Sapukan nipis-nipis sahaja dan tidak perlu dicuci sebelum menyusukan bayi. Pure Lanolin atau hydrogel juga boleh digunakan. Kebanyakan kesilapan yang dilakukan oleh para ibu adalah menyapu pelembap ini terlalu tebal. Sapuan yang terlalu tebal boleh menyebabkan kulit tidak bernafas dan penyembuhan lambat berlaku.

Vaselin


Pure Lanolin

Hydrogel


3. Elakkan membasuh atau merendam puting di dalam air, air garam atau hydrogen peroxide kerana ini membuatkan puting lebih kering. Ini seterusnya akan melewatkan lagi penyembuhan. Elakkan juga menggunakan krim yang tidak diketahui keberkesanannya. Kebanyakan krim ini perlu dibasuh sebelum menyusukan bayi.

4. Menggunakan breast shell sekiranya kesakitan itu tidak dapat ditampung oleh ibu. Pastikan bukaan pada breast shell itu lebih besar daripada puting. Sapukan pelembap pada puting dan kemudian pakai breast shell. Selepas itu barulah boleh memakai bra. Ini untuk mengelakkan luka itu melekat pada bra seterusnya melewatkan lagi proses penyembuhan.



Contoh-contoh breast shell di pasaran.




5. Jangan hadkan sesi penyusuan sekiranya ibu mempunyai masalah puting luka. Sekiranya kita mengurangkan sesi penyusuan / tidak menyusukan bayi langsung kerana puting luka, ini boleh menyebabkan:

a) Risiko breast bengkak.
b) Susu merudum dalam jangka masa panjang.
c) Bayi tidak diberi peluang untuk belajar melekap dengan betul. Maka, sampai bila pun masalah puting luka ini tidak akan selesai kerana bayi tidak belajar melekap dengan betul.

6. Sekiranya luka bertambah serius, dapatkan bantuan daripada pakar laktasi bertauliah/ doktor. Kes-kes yang serius mungkin memerlukan luka dibersihkan dan ditutup dengan gauze yang mengandungi pelembap.

7. Selain daripada itu, ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil Vitamin C sebagai makanan tambahan. Merujuk kepada tulisan Dr. Alan H. Pressman, D.C., Ph.D., C.C.N., di dalam bukunya, The Complete Idiot's Guide to Vitamins & Minerals, Vitamin C dapat membantu luka, scrape, tulang patah dan luka terbakar baik dengan lebih cepat. 





Berbalik kepada cerita sahabat saya tadi, walaupun luka yang teruk, dia akhirnya survived, malah berjaya menyusukan selama dua tahun lebih. Benar katanya, 

'It is just a phase'. 

Enjoy Breastfeeding Ibu-ibu.


Rakan Pembimbing Penyusuan Anda,
Nor Ilani Md Noh
0196219659






Comments