4 Cara Mengatasi Bayi Tidak Mahu Menyusu Melalui Botol

Teks Oleh: Anne Ilani




'Ibu, Rian nak susu'. 

Itulah anak kedua saya. Wean off tidak sampai umurnya 2 tahun. Sedih juga hati saya. Apakan daya susu saya mula merudum dan saya merasa sakit nyeri di bawah perut bila menyusu. Mungkin juga kerana saya mengandung anak ketiga. 

Tapi, bila saya sudah selamat melahirkan adiknya, Refa. Rian selalu perhatikan saya menyusukan adiknya. 'Sedap ke Ibu?'. 'Sedap ke susu ?'. Haha. Kesian pun ada. Saya offer susu saya. Dia suka je. Cuma, abangnya selalu cakap, 'Rian dah besar, tak boleh lagi susu dengan ibu'. Jelesla tu Rafy.

Jadinya, suami bagi cadangan supaya Rian teruskan minum susu ibu. Tapi, melalui bekas simpanan susu yang saya perah. Susu sejuk memang favorite Rian. 

Buka peti.
Ambil susu chiller.
Ambil straw.
Srott srott.

Sekejap je habis.
Senang Ibu.

Sebenarnya, Rian sejak dia wean off, dia tidak minum susu formula. Semasa Rafy dulu, saya pernah cuba juga beri susu formula selepas dia wean off ketika usia 2 tahun 3 bulan. Tapi, hasilnya membazir. Rafy tidak suka. Jadi, masa Rian ni, saya tidak mencuba pun. Mungkin dah banyak membaca. Hihihi. Rian ni bila beli susu kotak pun dia tak habis minum. Kecuali susu coklat, itupun kalau sejuk. Kalau tak sejuk, membazir juga.

Tapi, susu ibu ni lain penangannya. Suka betul dia. 

Ibu-ibu yang ada anak 4 bulan ke atas yang ada masalah tidak suka botol susu, sebenarnya tidak perlu pun ajar anak menyusu menggunakan botol. Ada beberapa kenalan saya yang mengadu anaknya tidak mahu menyusu menggunakan botol apabila ditinggalkan di rumah pengasuh. Akibatnya, baby menangis sepanjang hari menunggu ibu balik dari kerja. 

Ada 4 cara untuk mengatasi bayi yang tidak mahu menyusu melalui botol. Saya kongsikan di sini 
4 Cara Mengatasi Bayi Tidak Mahu Menyusu Melalui Botol:

1) Sippy Cup


Rafy dan Rian memang ada pelbagai jenis sippy cup. Macam-macam bentuk. Macam-macam warna. Bayi yang menyusu ibu ni kemampuan menyedut menggunakan straw memang tidak dapat diragui. Terima kasih pada 'training' menyusu daripada payudara.

Kawan-kawan yang anak baru 4 bulan tapi tidak mahu menyusu menggunakan botol apabila ditinggalkan di rumah pengasuh, boleh cuba beri susu ibu dalm sippy cup straw ni. Pastikan beli yang ada straw ya. 

2) Cawan dengan straw.

Boleh gunakan cara ini juga. Bila ibu pam susu, masukkan susu dalam storage bottle. Hanya letakkan straw dan baby boleh terus minum. Tidak perlu masukkan dalam sippy cup pun. Cara yang sama seperti saya praktikkan pada Rian. Cuma, saya simpan susu dalam plastik liner. Sama je konsepnya.




3) Botol dengan Sudu

Sekarang banyak produk  botol dengan sudu menggantikan puting botol. Cara ini pun boleh digunakan kerana bayi yang minum susu ibu sememangnya ada kemahiran untuk menjulurkan lidahnya seterusnya menghirup dan menelan. Botol ini boleh dipicit seikit demi sedikit untuk mengeluarkan susu. Namun begitu, bukan semua bayi sesuai menggunakannya.

Bagusnya botol jenis ini adalah boleh digunakan untuk isi 'solid food' seperti bubur atau puri buah-buahan juga. Portable.

4) Cawan / Picagari




Kaedah menggunakan cawan ni bukan sahaja untuk bayi 4 bulan ke atas, malah boleh digunakan untuk bayi yang pramatang seawal 30 minggu. Gunakan cawan yang kecil yang dapat mengisi satu hingga dua auns susu.

Kaedah menyusukan bayi menggunakan cawan ni bukanlah dengan cara menuang susu dalam mulut bayi tau! Hihi. Ada caranya. Nanti saya kongsikan dalam entri lain.

Jika memilih untuk menggunakan picagari/ penitis cecair pula, boleh gunakan picagari biasa yang biasa digunakan untuk memberi ubat kepada kanak-kanak. Isikan picagari ataupun penitis dengan susu perahan. Letakkan di dalam mulut bayi dan perlahan-lahan tolakkan picagari ataupun titiskan susu ke dalam mulut bayi. Sebaiknya, letakkan hujung picagari/ penitis di celah tepi mulut supaya susu dialirkan di bahagian tepi mulut bayi. Ini membantu bayi menelan susu dengan lebih selamat.

Di antara dua cara ni, cawan lebih baik daripada picagari / penitis kerana bila menggunakan cawan, baby akan belajar mengelap susu dengan lidahnya. Kalau guna penitis/ picagari, ada kemungkinan lama kelamaan baby akan lupa cara menyusu.

Baiklah. Nanti kita sambung di lain masa dengan enti 'Cara Minum Susu Menggunakan Cawan' pula ya. Rian sibuk bertanya di mana strawnya. Adudui.

Rakan Pembimbing Penyusuan Anda
Nor Ilani Md Noh
0196219659

Comments

  1. Salam kak ilani, anak saya umur 1 tahun. Dia dah mula menolak botol untuk susu ebm. Pengasuh berikan susu di dalam sipply cup jenis straw. Tapi anak hanya mahu yang sejuk (chiller).
    Soalan saya, ada effect tak bayi seawal usia 1 tahun minum susu sejuk dari chiller.

    ReplyDelete

Post a Comment