5 MAKANAN YANG PERLU DIMAKAN OLEH IBU YANG MENGANDUNG.


Teks Oleh: Anne Ilani

Bila pregnant ni kadang-kadang napesu nak makan macam-macam tu mencanak-canak. Hahahahaha!!! Walaupun dah mengandung anak ketiga tapi macam baru belajar mengandung.


Kat sini, saya share LIMA makanan yang perlu dimakan oleh ibu mengandung.


Info ni saya dapat daripada buku 'Kehamilan dari PRAKONSEPSI sehingga KELAHIRAN' - terjemahan daripada buku Pregnancy from Preconception to Birth oleh Baby Center terbitan Dorling Kindersley Limited, 80 Strand, London, WC2R ORL- m/s 48



makanan wajib no 1:

Makanan berkanji. contoh: nasi, pasta dan kentang...nak lebih berkhasiat, pilihan yang bijiran penuh contoh OAT. hihihi..ni my feveret!!



makanan wajib no 2: 

Makanan kaya PROTEIN. contoh macam daging, isi ayam, ikan (kalau ikan ni, highly recommended makan ikan yang kaya DHA/ ikan laut dalam). Ikan kaya DHA ni bagus sebab DHA ni strongly recommended untuk ibu mengandung sebab penting untuk pertumbuhan otak dan mata baby semasa dalam kandungan). Selain itu, bolehla makan telur (make sure masak sepenuhnya, NO telur separuh masak ok!), kekacang atau lentil sebab derang ni kaya dengan zat besi.



makanan wajib no 3:

Banyakkan makan FIBER/SERAT. ini bpleh dapat daripada buah-buahan, sayur-sayuran , bijiran tadi.


makanan wajib no 4:

makanan kaya KALSIUM contoh susu, keju dan yogurt.


makanan wajib no 5:

LIMA bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran dalam sehari- segar, beku, dalam tin, kering ataupun segelas jus buah-buahan pun oraits!!!

Jadi, selama ni pilihan tepatla saya blend setiap pagi ni before pi sekolah. dahla nak buatnya senang, tak sampai 5 minit pun!! pastu cukup semua 5 makanan yang wajib dimakan oleh ibu mengandung!!

suka suka!!~~



Ingin tahu tentang set ini?
 Boleh Call/Whatsapp/sms 
019.621.9659 {anne ilani}
COD: BANDAR BARU BANGI & KAJANG

Comments