3 Sebab kenapa KURMA highly recommended untuk ibu menyusu??

Teks Oleh : Anne Ilani

Harini balik je sekolah pi singgah Warta, Bangi. Carik kurma sebab persediaan nak ganti puasa lagi lebih kurang 8 hari yang berbaki sebelum tiba Ramadhan 2017.



Tahu tak yang KURMA ni jajan paling sihat untuk Ibu Menyusu??

Kat sini saya senaraikan TIGA 3 Sebab kenapa KURMA highly recommended untuk ibu menyusu..


1- Kandungannya yang kaya dengan ZAT BESI

Saya memetik kata-kata Pakar Obstetik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran. Beliau menyatakan..

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:





  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya

  • Jadi kat sini, sangat baik untuk kita sebagai ibu menyusu untuk amalkan KURMA ni selalu yer...takdela kita nampak pucat, lembik dan letih sebab kekurangan zat besi.


    2- Kandungannya yang kaya dengan KALSIUM

    haaaa....jangan ingat susu jer satu-satunya sumber yang kaya dengan kalsium ok. hihi...kurma pun sama tau. Dan kiter kan memang sedia maklum yang makanan tinggi Kalsium sangat baik untuk ibu menyusu. Kalsium ni akan membantu proses pembentukan gigi dan tulang baby di samping meningkatkan berat badan baby. Barula baby bam bam. Siapa yang tak geram dengan baby bam bam betul tak?hihihi

    3- Kandungan dalam kurma yang menyerupai hormon           
        OKSITOSIN. 

    Tau tak apa itu hormon oksitosin?

    Hormon ini yang turut dikenali sebagai hormon 'cinta'. Oksitosin ni sangat penting sebab dia berperanan untuk menyebabkan nodus susu di breast 'diperah'  dan menyebabkan susu keluar atau dalam erti kata lain melancarkan pengaliran susu.

    Hormon ni selalu ada apabila bila kita rasa disayangi, dilamun cinta, tenang,  diberi sentuhan...wiwittt~~

    Jadi, bila kita makan banyak kurma, kandungannya yang menyerupai hormon oksitosin ini akan bantu boost susu kita.

    Selain itu, kurma juga bagus makan selepas bersalin dan menyusukan anak kerana boleh membantu mengecutkan rahim, nifas pun lebih lancar dan cepat habis seterusnya membantu menjarakkan kehamilan.


    Jadi, jom kita amalkan KURMA sebagai jajan kita sebagai ibu menyusu ni!!!

    Siapa tak kenal Yusoff Taiiiiii....Yobbbbb kan??

    Selamat berpuasa.......

    Saya membaca, stadi dan mempunyai passion yang sangat mendalam dengan ilmu penyusuan... 
    Izinkan saya membantu anda...
     Boleh Call/Whatsapp/sms 

    019.621.9659 {anne ilani}


    Comments