Review Medela PISA: Pump In Style Advanced

Teks Oleh: Anne Ilani






Ini pam yang banyak berjasa dengan saya. Saya beli semasa kelahiran anak kedua, Rian. Medela PISA:Pump In Style Advanced. Saya beli atas sebab tiga alasan:

1-Double Pump : Double Pump ni bagus sebab jimatkan masa. Katakanlah satu sesi kita mengepam 20 minit, kalau guna single pump, kita perlu pam sebelah 20 minit, sebelah lagi, 20 minit. Jadi, jumlah masa 40 minit. Uisskkk..kurang sesuai untuk ibu bekerja macam saya. Waktu rehat cikgu, dalam 30 minit, jadi memangla tidak sempat kalau guna single pam. Kalau Double Pump, kita boleh pam serentak, jadi hanya perlukan 20 minit. Jimat kan?

2-Heavy Duty/ Hospital Grade : Pam susu jenama Medela ni memang antara yang dikenali dengan keupayaan mengosongkan payudara dengan marvelous. Motor breast pump heavy duty ni biasanya ada dua berbanding yang medium duty. Jadi, lebih kuat dan lebih tahan lama. 

3-Backpack : Senang sebab boleh sandang terus bawa ke sekolah. Kemas.

Tapi, PISA pun ada downside dier yang saya kurang minat. Kekurangannya adalah sebab pam ini tiada masa. Jadi, saya asyik la kene tengok jam, sebab saya setiap kali mengepam, saya tetapkan 20 minit (sekalipun pam keluar angin je, gigih saya cukupkan masa 20 minit). Kalau guna MEDELA Freestyle, ada masa..sangat mudah.

Lagi satu, ada orang cakap PISA ni tidak best sebab tiada rechargeable bateri. Betul juga sebenarnya. Susah kalau nak mengepam, kita perlu cari plug point direct. Tidak portable.

Tapi, jangan risau. Ada penyelesaiannya. Saya beli 'Breast Pump USB Cable' @ BBmilkit.


Ada jual di LAZADA. Harga RM87 termasuk poslaju. Mampu milik la. Jadi, sekarang PISA ni boleh connect dengan powerbank dah sekarang...yeayyyyyy!!! Lebih portable sekarang.

Enjoy Mengepam dan Breastfeeding ya Ibu-ibu..


Rakan Pembimbing Penyusuan Anda     

Nor Ilani Md Noh
0196219659







Comments