Jurnal 3 hari : Kursus Kaunselor Sokongan Penyusuan (MBfPC)

Teks Oleh: Anne Ilani

Saya periksa email seperti biasa. Tiba-tiba, mata menangkap satu email istimewa.

Surat jemputan dari MBfPC.

Eh, apa ni?
Baca-baca, seronok sangat hati bukan kepalang.
Tidak sangka terpilih. Tapi, berdebar juga bila lihat bayaran.

Tunjuk pada suami, pujuk, cakap lembut-lembut. Besar sangat harapan agar dapat keizinan di saat ekonomi kurang mengizinkan. Tapi, nak sangat pergi. Terlalu mahu. Terlalu ingin.

'Kalau tidak pergi sekarang bang...tidak tahu bila lagi dapat tawaran bang. 25 orang je ditawarkan.'

Suami diam.
Berdebar-debar.

'Pergila. Nanti kita usahakan macamana'.

Syukur. Syukur sangat. Alhamdulillah.

Itulah cerita awal bagaimana saya berjaya mengikuti kursus ini.

Tiga hari, 8,9 dan 10 Disember 2017 di Explore Training Centre, Kajang. Lain sekali pendekatannya. Saya pernah mengikuti beberapa kelas dan kursus penyusuan. Berkerusi, bermeja itu biasa. Tapi. kali ini...duduk di lantai. Santai barangkali. Jangan tertidur sudahla, fikir saya.

Rupa-rupanya, tersasar jauh pandangan saya.

Kelas ini luar biasa. Tidak sempat mengantuk.

Debat kumpulan. Role play.
Kerja kumpulan. Kerja berpasangan.
Ketawa dikebanyakan masa. Fokus sepanjang masa.
Boleh berlunjur kaki bila lenguh. Boleh mengepam bila mahu.






Seronok sangat. Balik dari kelas hari pertama, berkobar-kobar saya menjahit. Menyiapkan homework, kraf- model 'payudara'. Tak berapa pandai menjahit sebenarnya. hihi



Hari kedua, Dr Nadrah ingatkan kami yang kelas hari ini lebih mencabar. Penuh fakta. Risau juga saya. Takut tertidur sekali lagi menjengah fikiran saya.

Silap.
Bagaimana mahu tertidur kalau saya pun kena 'present'. hihi.

Aktiviti hari ini dimulakan dengan lakonan.
Lakonan bersama ibu berlainan bangsa.
Lakonan di meja booth.


Lakonan di kelas antenatal.

Saya berlakon di kelas antenatal. Menerangkan bagaimana hormon prolaktin dan oksitosin bekerja mempengaruhi penghasilan dan kelancaran pengaliran susu. Berlakon sebagai guru untuk ibu-ibu di kelas mengandung. Kacang? hihi...boleh laa menjiwai watak. Cuma, bila Pn Kamariah IBCLC bertanya, ketar lutut gak 'cikgu' ini menjawab. Hahaha



Benar, modul hari ini berat. Tapi, tidak sempat mengantuk. Sungguh. Sesi berjalan sangat komunikasi dua hala. Tanyala apa pun, Dr Ning, Dr Nadrah dan Dr Asla tidak pernah menghampakan. Puas rasanya bertanya pelbagai soalan berkaitan penyusuan.

Hari kedua berjaya dilalui dengan senyuman. Senyuman kepuasan.

Hari ketiga.

Belajar cara pegangan bayi yang betul ketika penyusuan.
Cradle hold.
Cross cradle.
Football hold.

Sekarang, saya lebih jelas. Pn Kamariah IBCLC turun padang, menunjuk cara satu persatu. Jelas dan terang. Nampak kesungguhan.


Kemudian, isu penyusuan berkaitan 'medical nature'.

Jaundis.
Bayi Pramatang.
Relaktasi.
Induced Lactation.

Semua tajuk ini memang menjadi persoalan saya sebelum ini. Kini, jalan yang gelap telah diterangi cahaya. Hihi. Moga dapat membantu sahabat yang anaknya pramatang,  jaundis dan sahabat yang mengambil anak angkat.

Akhirnya sampai ke acara penutup. Pelbagai emosi ada. Bercampur baur. Gembira. Sedih. Sayu. Puas.


Terima kasih tidak terhingga buat mereka yang menjadi tulang belakang program ini. Dr Nadrah. Pn Kamariah IBCLC, Dr Ning, Dr Asla, Dr Khansa, Pn Yus..semoga budi kalian memperjuangkan susu ibu ini mendapat balasan selayaknya di sisiNya. Dan, buat sahabat-sahabat sekursus, semoga ukhuwwah ini terus terjalin.



 Apapun, kini saya memakai topi Peer Counselor (PC) / Rakan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu.

Harapan saya, saya dapat terus memperjuangkan susu ibu kepada masyarakat. Dapat membantu ibu-ibu yang ingin menyusukan anak dengan susu ibu.

Selain usaha fizikal, penulisan inilah medan perjuangan saya.

Sepertimana Ustaz Ebit Lew pernah kata sebelum ini,

'Menulis la yang baik-baik. Menulis yang baik-baik boleh menjadi lubuk pahala untuk kita kelak.'

Amin.

Selamat Datang Nor Ilani Md Noh. Selamat Datang ke Perjuangan Penyusuan Susu Ibu.
Bersama Memperkasa Komuniti Penyusuan Ibu di Malaysia.

Kepada sahabat-sahabat yang sangat berminat dengan ilmu penyusuan susu ibu, mari bersama menggali ilmu ini bersama MBfPC. Boleh hubungi mereka di FaceBook : MBfPC. Strongly recommended!!

Nor Ilani Md Noh
Rakan Pembimbing Penyusuan Anda
0196219659





Comments