9 Tips Penyusuan Susu Ibu bagi Bayi Pra Matang dan Bayi Baru Lahir

Teks Oleh: Anne Ilani

Saya ibu beranak tiga. Alhamdulillah..ketiga-tiga kelahiran anak saya adalah normal. Cuma, masa ketiga-tiga untuk bersalin tu yang berbeza.

Rafy, anak pertama dilahirkan selepas 12 jam bertarung. huhu..seriau bila ingat pengalaman tu. Rafy paling lama. Paling sekejap, Refa anak ketiga saya. Masuk wad bersalin 11 tengah hari, jam 11.30 tengah hari, sudah selamat bersalin.

Setiap anak kan berbeza. Cuma, anak susuan saya Mel dilahirkan lebih awal dan secara pembedahan. Saya menghantar susu buatnya dari hari pertama kelahiran lagi. Jadi, ada sedikit pengalaman dengan bayi pra matang.

Jadi, harini saya hendak kongsikan 9 Tips Penyusuan Susu Ibu bagi Bayi Baru Lahir dan Bayi Pra Matang. Ini mengikut bacaan saya dari majalah Pa Ma, hasil tulisan Pakar Laktasi, Marjinah Badli.

Tips 1 :
Sebaik sahaja ibu baru melahirkan bayi, terus susukan bayi kita. Walau masih di dalam wad bersalin. Hisapan susu ibu yang pertama ini amat berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Satu jam pertama adalah amat penting dalam merangsang penghasilan susu ibu.

Pengalaman saya, ketiga-tiga anak, dapat saya susukan dari bilik bersalin lagi. Alhamdulillah. Biasanya di wad bersalin hospital kerajaan, mereka memang sangat menggalakkan penyusuan susu ibu dimulakan awal-awal lagi.

Tips 2:
Bagi bayi yang dilahirkan normal, kita teruskan susukan bayi kita. Kolustrum kuning pekat tu sememangnya kaya dengan antibodi yang sangat diperlukan oleh bayi kita. Titisan Emas gitu.

Tips 3:
Bagi bayi pra matang yang ditahan di inkubator, sebaiknya ibu berikan susu yang baru diperah. Boleh kumpul susu awal dengan kaedah marmet dan bukan gunakan pam. Ini untuk elakkan susu emas awal yang sedikit ini terbazir, sekadar melekat di corong pam. Sayangnya.

Marmet dan simpan guna syringe. Susu emas awal ini  sangat tinggi khasiatnya. Ini kerana bayi pra matang ini sistem imunitinya amat lemah. Susu ibu yang baru diperah ni mempunyai kandungan antibodi yang sama dengan usi bayi yang pra matang. Hanya susu ibu yang sama sejajar dengan usia bayi. Hebat kan ciptaan tuhan?



Tips 4:
Hantarlah susu perahan dan lawatlah bayi setiap hari. Ini kerana selain bayi perlukan susu ibunya sendiri, Bayi juga perlukan belaian dan sentuhan ibunya. Dia tahu ibunya datang.

Tips 5:
Sebaiknya, berikan susu ibu yang tidak dibekukan. Hanya berikan susu yang fresh dan chill sahaja. Itu pun di dalam chiller, bagi bayi pra matang, susu hanya boleh bertahan selama dua hari sahaja.

Tips 6:
Cuba dapatkan bahagian hindmilk iaitu bahagian yang lebih berlemak pada susu ibu. Biasanya, hindmilk ni ada selepas 10 minit pertama perahan susu.



Tips 7:
Simpan susu dalam bekas mengikut keperluannya. Contohnya, jika bayi minum 10 ml, maka simpan 10 ml sahaja.

Tips 8:
Tukar susu lebihan di dalam peti sejuk wad dengan susu yang baru (fresh) setiap kali melawat bayi. Bayi pra matang memerlukan susu segar/ fresh untuk membina sistem imun badannya.

Tips 9:
Selain daripada susu perahan ibu, lakukan sentuhan, urutan dan belaian mesra kepada bayi kita. Ini boleh membuatkan bayi kita lebih bersemangat dan menghilangkan rasa takutnya semasa berada di dalam inkubator.

Ok la. Sekian sahaja perkongsian tips saya kali ini.

Semoga bermanfaat buat ibu-ibu.



Ingin tahu tentang info penyusuan ?

 Boleh Call/Whatsapp/sms 
                                                 

wasap.my/+0196219659







Comments