vitamin wajib untuk ibu merancang hamil

Teks Oleh: Anne Ilani

Baru-baru ni saya telah mengikuti talk daripada Dr Sonhee Park, Saintis Penyelidikan Kanan, R & D Shaklee Corporation. Sepanjang talk tersebut, saya petik ayat beliau yang ni....

'PEMAKANAN adalah kunci dalam semua peringkat kehidupan, terutama semasa jangka masa reproduktif bagi wanita yang merancang untuk mengandung. 

Ungkapan ada menyatakan,Ibu yang Sihat, menjamin bayi yang Sihat. 

Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan PEMAKANAN memainkan peranan penting dalam menyediakan persekitaran yang kondusif untuk kesuburan berlaku (pra-mengandung), kehamilan yang sihat (pra natal) dan perjalanan sebagai seorang ibu yang sihat terutamanya semasa penyusuan post natal)'


Jadi, sangatla penting ibu untuk menjaga pemakanannya. Kalau ikut pengalaman saya, saya memang mengamalkan pengambilan vitamin B Complex dari awal-awal sebelum kehamilan lagi.

Jadi, sekarang saya sarankan bagi mereka yang MERANCANG UNTUK HAMIL, boleh amalkan ambik B-Complex awal-awal lagi, sebaiknya tiga bulan sebelum merancang kehamilan. B Complex ni menjadi pilihan saya kerana mengandungi asid folik.

Malah, yang bagusnya B Complex ni selain diamalkan sebelum kehamilan, semasa mengandung dan selepas bersalin pun elok sangat.

Sebelum kehamilan, bagus untuk memastikan saraf baby terbentuk dengan baik. Untuk mengelakkan berlaku kecacatan dalam sistem saraf(kecacatan tiub neural) seperti SPINA BIFIDA. Kalau di klinik KKIA,  kita akan dibekalkan dengan pil warna kuning kecil bulat, itu asid folik. Itu keperluan wajib ambil. Macam saya, saya pilih B Complex, nurse beritahu tiada masalah asalkan keperluan asid folik dipenuhi.



Semasa mengandung pula bagus supaya ibu mengandung dapat zat vitamin B yang ada dalam kebanyakan sayur-sayuran hijau di samping beri tenaga. Mengandung ni kan badan agak letih? Tidakla ibu mengandung ini asyik melepek keletihan kan?

Dan selepas bersalin, B Complex ni bagus untuk mengurangkan risiko kemurungan / gila meroyan.



B-Complex ni ada 8 jenis vitamin tau di dalamnya. Bagus kan? Bukan sekadar asid folik. Macam-macam ada. Malah, jika mengikut Dr Sonhee Park, asid folik sebaik-baiknya diambil bersama-sama dengan vitamin B, baru kesannya lebih marveles. (Boleh lihat jadual dan bandingkan).


Lelaki & Perempuan dua-dua perlu ambil. Bukan perempuan sahaja ya. 
Lelaki jangan Ego tak nak ambil. Ego tidak bertempat namanya tu. hahaha. Ini supaya dapat hasilkan benih yang sihat.

Sangat-sangat penting bagi ibu yang tengah hamil. Jangan ambil mudah yer.
InsyaAllah, boleh.
Pilihan terbaik di tangan anda.


Ingin tahu tentang pemakanan ibu hamil?

 Boleh Call/Whatsapp/sms 
                                                 
019.621.9659 {anne ilani}

Comments