Susu Chill dan Susu Frozen

Teks Oleh: Anne Ilani

Harini hari Jumaat. Yeayyyy!!!

Sebenarnya, start 1 nov (Rabu) baru ni, saya dah stat bekerja..tak sempat nak update blog. Bajet-bajet bizi.😅 Data PAJSK tak siap-siap lagi. (Peluh besar)

Ok la. Kan saya dah pasang niat, sepanjang 6 bulan umur Refa nak bagi stok susu Fresh & Chiller je pada makcik pengasuh.
💪🏻

Aminnn...Aminnnn....Aminnnn...

Tahu tak kenapa saya NAKKK SANGATTT bagi Refa stok susu Chill dan Fresh sahaja sepanjang 6 bulan umur Refa?

Sebab..kalau ikut ranking EBM ni..ikut khasiatnya,

Nombor 1 : susu Fresh 
Nombor 2:  susu Chill
Nombor 3 : susu Frozen

Susu Fresh ni maksudnya, susu yang kiter pam dan boleh terus bagi baby tanpa perlu masukkan peti sejuk. Fresh milk ni boleh tahan sehingga 4 jam pada suhu bilik. Kecuali kalau suhu panas terik, susu bertahan dalam 2 jam. 

Susu Chill plak maksudnya susu yang kiter pam dan kemudian kiter masukkan dalam ruangan chill di peti sejuk bawah. Tahan disimpan sehingga 5 hari.

Susu Frozen ni susu yang selepas dichillkan dan tidak digunakan, bolehla dinaikkan ke atas untuk dibekukan. 

Kalau peti ais 1 pintu, tahan 2 minggu.
 Kalau peti ais 2 pintu, tahan 3 bulan.

Kalau deep freezer, tahan 6 bulan hingga setahun. Tapi saya, saya simpan 6 bulan je.



Oleh kerana harini, hari Jumaat. 

Esok, hari Sabtu, hari saya berehat mengepam...fully DF. 
Hari golek-golek dengan Refa. Sambil DF, belek-belek jari, belek-belek muka dier. 

Seronok sangat..Terasa dalam dunia percintaan. 💘

Hari sekolah, ibu bekerja. Keluar dari rumah, 6.25 pagi sampai semula ke rumah, paling awal minggu ni 5 petang.

Hari Ahad, pam untuk stok susu chiller esok hari, Isnin. Sebagai botol no 2,3,4 & 5.


Botol no 1 &6, kita tunggu stok Fresh esok pagi, ibu pam pukul 5 pagi.

Semoga berjaya perjuangan ibu kalini.

aminnnn...


Ingin berkongsi tentang info pengurusan EBM?

 Boleh Call/Whatsapp/sms 
                                                 

019.621.9659 {anne ilani}


Comments