Teks oleh: Anne Ilani
Sampai je dari sekolah, terus transfer susu pi 4 botol, bekalan Refa untuk hantar esok kepada makcik pengasuh. Nomborkan 2, 3, 4 dan 5.
Sampai je dari sekolah, terus transfer susu pi 4 botol, bekalan Refa untuk hantar esok kepada makcik pengasuh. Nomborkan 2, 3, 4 dan 5.
Setiap botol, kalini saya isi cuma 2 oz/60 ml.
Sebelum ni, untuk Rafy anak pertama, saya bekalkan 4 oz. (Patut Rafy bulat gotey perut pas minum. Adodoi...)
Masa Rian, 3.5 oz. Sebab ada orang ajar bagi banyak tu per feeding. 3.5 oz tu sedang elok untuk perut baby.
Masa Refa ni, baru saya terbaca info 2 oz susu. Takpela, ibu belajar improve diri sedikit demi sedikit. hihihi. Sori Rafy dan Rian.
Harapan saya, Refa belajar minum sikit-sikit. Sikit-sikit tapi kerap. Sejak hari ke70, saya dah mula bekerja, Refa dah belajar minum 2 oz setiap kali.
Setakat ini, setiap hari saya bekalkan 6 botol kpd makcik pengasuh. Masih berbaki botol no 5 & 6.
Jauh lagi jurnal penyusuan ini..doakan ibu berjaya


Ibu sayang Refa ketat-ketat.
Ingin tahu tentang info penyusuan ?
Boleh Call/Whatsapp/sms
019.621.9659 {anne ilani}
Comments
Post a Comment