Penyejuk Lucu

Teks Oleh: Anne Ilani





Penyejuk Lucu.

Berjasa sungguh cooler box ni kalini. In sha Allah akan gunakan selama 2 tahun.😄😄

Sebelum ni masa susukan Rafy & Rian, hanya hantar susu frozen beku-beku kat makcik. Tak reti nak cairkan dan masukkan dalam botol siap-siap. Kurang ilmu.😜😜

Kalini untuk Refa, ibu dah belajar sikit-sikit. Takpela, better late than never.😋

Ada orang guna cooler bag letak susu yang nak hantar pada pengasuh. Saya pilih untuk guna cooler box ni. Senang dan kemas. 

Cooler bag saya gunakan gak tapi untuk saya letak susu yang saya perah kat sekolah. :)

Letak 6 botol susu yg fresh/ chill & letak ice brick. Ada plan nak beli ice pack gak. Nak tambah kesejukan kepada botol-botol susu ni. Ada gak yang cadangkan kat bawah ice box tu kiter alas dengan kain lembap. Bagus gak tu, nanti saya pun nak buat.

Kalau ikut aturan nombor, ni yang saya buat untuk Refa:
no 1 : susu fresh
no 2: susu chill
no 3: susu chill
no 4: susu chill
no 5: susu chill
no 6: susu fresh

Senang saya rasa, letak je botol tu dalampenyejuk lucu, tak payah transfer dalam peti ais makcik. 

Susu dalam cooler box dgn ice brick in sha Allah akan tahan 12jam.
Setakat ni kalau amek Refa pukul 6 petang pun masih sejuk.

Seronok ibu. Harapan saya dapat mudahkan makcik pengasuh. Dan seronokkan dia untuk jaga anak-anak saya..😘😘

Aminnn....




Ingin tahu tentang info pengurusan EBM?

 Boleh Call/Whatsapp/sms 
                                                 
019.621.9659 {anne ilani}

Comments