Perlukah membasuh corong pam setiap kali selepas mengepam?

Teks Oleh: Anne Ilani


Harini last day before masuk sekolah semula esok.

Sekejapnya masa berlalu. Kenapa la Bajet 2018 lambat kuar?😅😅 Kalau tidak, selamat dah cuti 90 hari.


🤣

Tidak mengapa la. Naik sekolah tiga hari, murid-murid Tingkatan 5 dah mula menduduki SPM. Rindu gak kadang-kadang pada budak-budak tu. Cikgu garang, hati tisu.

Esok dah sekolah, hari ini mengepam untuk stok chiller tinggalkan buat Refa esok hari.
Dah set target nak bagi refa susu fresh dan chiller je sepanjang 6 bulan ni. Yeah, fight ibu fight💪🏻💪🏻💪🏻!!
Kenapa sebaiknya disarankan bayi bawah enam bulan dibekalkan dengan stok chiller dan fresh sahaja?

Kerana, KHASIATNYA.

Susu ibu ni kalau ikut ranking khasiat:

No1: Susu fresh
No 2: Susu chiller
No 3: Susu frozen

Apapun, sekalipun susu frozen kurang khasiat berbanding fresh dan chiller. Tetapi, susu frozen lebih better dari susu formula.

Dan, digalakkan untuk beri bayi hanya susu fresh dan chiller sebelum usia enam bulan, agar baby dapat susu paling berkhasiat. Penting untuk perkembangan imunisasi bayi. Semoga Refa membesar dengan lebih sihat.

Ok la. Harini banyak kerja hendak diselesaikan.
Apa-apa pun mari la mengepam untuk stok esok.

Tips BF:
Tidak perlu setiap kali selepas mengepam,  kita basuh peralatan perang (corong pam susu dan aksesori) tu. Ini kerana, susu ibu kan mengandungi anti bakteria yang dapat membunuh kuman. Pendapat ini turut dipersetujui oleh beberapa pakar laktasi tau.

Mary Rose Tully, Pengarah Perkhidmatan Laktasi di North Carolina Women and Children's Hospitals juga bersetuju dengan fakta yang menyatakan susu ibu mampu menghalang perkembangan bakteria. Tetapi, tidak dapat diketahui apa yang akan terjadi sekiranya susu itu sudah kering.

Jadi, boleh terus simpan dalam bekas. Digalakkan juga untuk lap dengan tisu dan kemudian tutup bekas tadi. Selepas itu, boleh simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller.



Comments