Jurnal sehari ibu habis pantang

Teks Oleh: Anne Ilani

Day 44.

Yeayyyyy!!! Senyum lebar wehhh harini. Last day pantang secara rasmi.
Harini nak share stok susu cukup 44 hari berpantang dan jurnal susu dalam sehari..untuk rujukan hari kemudian. Gitu.

7.00 pagi: 3.5 oz



Rutin saya dimulakan dengan Direct Feeding baby Refa.
Selepas itu, jam 7.00 pagi, saya akan mula mengepam. Tapi, saya akan minum air suam segelas dulu sebelum mula mengepam. Mengepam 20 minit. Pagi ini dapatla 3.5 oz. Selepas mengepam, saya telan Alfalfa Complex 2 biji. Tahu kan yang Alfalfa ni bagus sangat untuk kesihatan? Salah satu makanan sangat tinggi protein. 


Lepas itu, saya terus breakfast dengan dua milkbooster saya, Overnight Oat:
Resepi:

Oat
Susu Soya

Simple je kan? Cepat dan mudah.

Susu Soya pilihan saya? Semestinya Energised Soy Protein (ESP) dari Shaklee. Nama pun 'Energised' jadi tidak la ibu berpantang ni letih, lemau badan. Protein memang elok sebagai makanan pembekal tenaga.



Jam 11.30 tengah hari. Sesi mengepam kedua : 4.39 oz...



Siapa cakap sekali pam mesti terus dapat 10 oz, 20 oz...😅😅
Anak Direct Feeding di rumah jadi bersyukur walau dapat 0.1 oz.. Alhamdulillah...ini untuk stok apabila mula bekerja nanti..pelan-pelan kayuh naaaa....

Sesi tuaian ketiga harini lambat sket..pukul 6 petang...
Dapatan hasil:5.5 oz..😘😘




Dah selesai makan dinner harini, terus telan 3 jenis vitamin; 
1. Hijau : multivitamin
2. Kuning : vitamin C
3. Kuning pekat: vitamin B kompleks
Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin B yang saya amalkan adalah daripada Shaklee.

Multivitamin :Vitalea. (2 biji)
Vitamin C : Sustained Release Vita C (1 biji)
Vitamin B : B Complex.(1 biji)

Ibu menyusu ni pemakanan kena jaga. Pemakanan mesti seimbang. Kalori mesti cukup. Baru badan lebih bertenaga, tidak letih, tidak pening, tidak sakit-sakit badan. Kalau badan tidak sihat, emosi pun jadi tidak stabil, macam mana kita nak menyusu anak atau mengepam dengan baik? Bila tak menyusu anak dengan kerap, lama-lama susu akan merudum. Tiada Demand, maka tiada Supply kan? Saya memang amalkan makan vitamin, saya tahu pemakanan saya sehari tidak dapat menampung keperluan semua zat makanan. Semoga saya kekal sihat untuk menjaga baby Refa saya...( malam ni nak stay up ni)😅😅😅



6/10/2017
11:15 malam
Last but not least: 4 oz

Berakhir sudah jurnal susu ibu habis pantang 44 hari harini...
Jadi, total oz susu hari ke 44 ni adalah = 17.39 oz.
Okla tu. Alhamdulillah...nanti akan meningkat lagi..In sha Allah. Yakin & Positif.😘😘
Ok sahabat. Tengkiu sebab layan ibu anak tiga ni.
Sebelum tidur...jom layan 4 biji pil kalsium. Supaya tidur lebih nyenyak.
Sangat. 😏😏
Semoga malam ni, Refa jadi budak baik, tidur nyenyak malam ni...nyenyak malam ni...nyenyak malam ni....💤💤💤💤







Comments