Teks Oleh: Anne Ilani
Masa
anak kedua, Rian, saya lebih bersedia..saya mula join beberapa kursus BF ada
yang berbayar (dgn CikguSusu: Zuain Ghani).
![]() |
Ni la Cikgu Ain - otai BF (manis & baik orangnya) |
![]() |
Masa ni sarat dah tapi seronok sangat dapat join Seminar Mudahnya Menyusu bersama Cikgu Ain |
Dan ada konvensyen / seminar penyusuan yang free anjuran Pusat
Laktasi Kebangsaan.
Ni Masa Konvensyen Rakan Penyusuan 'Live', Love, Latch'
(Thank You suami & anak2 support & behave pada hari tersebut)
![]() |
Saya & Rian duduk yang tengah-tengah sekali...hihihi.... Masa ni Seminar Breast feeding & Working Mothers anjuran Pusat Laktasi Kebangsaan |
Ada juga saya join Seminar penyusuan termasukla kursus Rakan Sokongan
Penyusuan Susu Ibu bersama Dr Shahirah (otai BF). Terima kasih Dr Shahirah Mohd Hassan atas usaha Doktor memberi kami ilmu penyusuan....
![]() |
Peserta-peserta Kursus Pembimbing Rakan Sokongan Ibu Menysu |
Saya gak ada beli buku-buku berkaitan dengan BF…pantang ada je
jumpa buku pasal BF , mesti saya sibuk beli…kalini dengan ilmu, dengan passion
yang berkobar-kobar pasal penyusuan….
Dan tentulah dengan konsisten makan semula set menyusu Shaklee…Full Set 3M Breast Feeding Set.
Dan inilah
hasilnya,
![]() |
penuh satu upright freezer |
![]() |
susu tingkat 2 |
![]() |
susu tingkat 3 |
![]() |
susu tingkat bawah ni paling banyak sekali (boleh refer gambar 1) |
![]() |
tak muat gak dan saya simpan lagi sikit dalam freezer...bekas pun dah campur, saya rasa masa tu mesti bekalan bekas dah habis... |
Pastu xmuat lagi…saya transfer masuk dalam
deep freezer (invest baiki deep freezer arwah ibu)….malangnya gambar dalam deep freezer, saya puas carik tapi tak
jumpa….
Dan ini Rian, dia kecik sikit berbanding abangnya, Rafy tapi badan mantap gak...Ni gambar masa dia 3 bulan...
![]() |
Anak kedua saya, Rian |
Dan
Alhamdulillah, susu yang sangat meriah tu..saya dapat share dengan seorang baby
lagi…anak susuan saya….Mel…budak pompuan, kecik molek…susu saya yang banyak
tadi saya berbagi kasih dengan anak ini..
Ibunya
tak dapat menyusukan dia sebab masa pregnant 3 bulan, ibunya dikesan kene
kanser payudara dan terpaksa sebelah breast dibuang utk mengelakkan kanser tu
merebak. Mel ni kuat, dia bersama2 dengan mummy dier operate dan berkemoterapi.
Dia
lahir je, saya terus hantar stok susu saya kat hospital Kajang…Dia menyusu dengan
susu saya selama enam bulan penuh tanpa setitis pun susu formula. Papa dan
mummy dia memang konsisten ulang alik amek stok susu dengan saya. Usaha papa
mummy dia pun sangat sungguh-sungguh. Sebab apa? Sebab dia tahu kebaikan susu ibu…Baby kemoterapi ni
biasanya doctor sangat galakkan utk dapat susu ibu sebab kebarangkalian sistem imun badan dia
lemah berbanding baby sebaya dia itu ada….
Ni
gambar anak susuan saya masa besday dia…
Dan
dalam masa yang sama saya masih fully BF anak kandung saya sendiri,
Rian….sehinggalah saya disahkan mengandung baru-baru ni anak ketiga…Rian dpt BF
dengan saya sehingga 1 tahun 8 bulan. Itupun, dia masih mengempeng tapi bila
pregnant ni…hormone saya memang akan wat susu drop…dan bila dia menyusu, saya
terasa nyeri pada rahim…jadi saya pun terpaksa wean off kan dia…
Ok
sekian sahaja, kisah saya dengan fullset Bf Shaklee dan ilmu penyusuan…
Salam sayang daripada ibu buat Rafy, Rian dan Mel....
Ibu harap ibu telah cuba untuk beri yang terbaik untuk kalian...
Saya membaca, stadi dan mempunyai passion yang sangat mendalam dengan ilmu penyusuan...
Izinkan saya membantu anda...
Izinkan saya membantu anda...
Boleh Call/Whatsapp/sms
019.621.9659 {anne ilani}
Bandar Baru Bangi dan Kajang.
Comments
Post a Comment