7 punca BENGKAK SUSU.

Teks oleh: AnneIlani

ADOIIIIIIIII!!~~~


Sakitnya tu di sini~~

Ibu BF jer yang tahu betapa sakitrnya bila breast bengkak yer.... Dulu masa BF kan Rian saya ada mengalami masalah ni... Miss B rasa keras, tak boleh disentuh, berketul dan sampai rasa sakit badan sampai macam nak demam. Sampai kene telan ubat tahan sakit sebab tak tahan sangat.

Tahu tak apa punca sebenarnya BENGKAK susu ni???

Nampak tak 'Clogged Milk Duct' tu? Bandingkan dengan 'Normal Milk Duct' yer... Ni yang kadang-kadang nampak berketul-ketul, keras dan tak boleh disentuh pun...S.A.K.I.T.


ada TUJUH Punca Bengkak Susu ni :

1) LEKAPAN baby semasa menyusu yang tidak betul.

Contohnya baby menyusu kat puting jer..belum apa2 baby dah tangkap puting dulu, bukan menyusu penuh mulut pada areola. Ini boleh menyebabkan susu tidak dapat dikuarkan dari Miss B sepenuhnya.

2) Ibu TERLEPAS satu SESI PERAHAN semasa di tempat kerja.

Ini memang selalu berlaku pada saya, bila terlalu sibuk keluar masuk kelas atau kelas yang berderet 4 masa menyebabkan masa perahan saya terlepas. Mula-mula mungkin susu terkeluar & menyebabkan bra basah tapi bila banyak kali berlaku, ini yang menyebabkan bengkak susu. ouchhhh~~ bila ingat balik, rasa serik. Jadi, lepas ni kene make sure mesti mematuhi masa mengepam. No Malas-malas ok!!

3) Ibu LAMBAT memulakan penyusuan pertama disebabkan baby tidak dapat menghisap dengan baik . Ini mungkin disebabkan kesan ubat atau proses kelahiran yang rumit.

4) Watch the Baby not the Clock!!

Ibu terlalu mengikut masa untuk menyusukan baby dan bukannya menyusukan baby mengikut signal yg baby berikan untuk menyusu. ( Bibir baby akan seolah-olah mencari sesuatu, baby tidak selesa dll). Ibu ini skema sangat rasanya...nyusukan je la ikut keperluan baby, takyah la ikut masa sangat.. ;p



5) Baby diberi air kosong/ susu formula / puting tiruan

Apabila baby diberi air kosong/ susu formula / puting tiruan, ini akan menyebabkan baby taknak menyusu direct dengan kita..sebab dia dah kenyang. Kan air kosong kalau minum banyak-banyak akan buat perut penuh. Dan susu FM pun kita tahu memang akan buat perut baby bekerja keras untuk proses & menyebabkan baby banyak tidur. Akibatnya, baby kurang menyusu daripada kita. Dan puting tiruan akan buat mulut baby selalu penuh sehingga dia lupa nak menyusu dari puting kita. hadudui!!~~


6) PAM SUSU yang kurang efektif mengeluarkan susu.

Jadi pastikan kita pilih pam susu yang betul. Pam yang boleh bantu kita kosongkan breast dengan efektif. Jangan main beli sebab murah tapi takde kualiti. Susu bila dipam, malu-malu nak keluar.

ni pam saya yang sya highly recommended!! memang terbaikkkkk!!


6) Ibu yang BERHENTI/ tidak mahu menyusukan baby secara tiba-tiba.

Bengkak susu juga boleh berlaku sekiranya ibu itu sendiri malas/ sengaja tidak mahu menyusukan anaknya dengan tujuan ingin memberikan susu formula. hihi!! ini carik pasal namanya.


Sesungguhnya, MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI...maka cegahla yer 7 punca ni...

Tapi, kalau terkena gak BENGKAK SUSU....apa boleh buat kan?? ada caranya untuk kurangkan atau legakan bengkak susu ni...

Ok, next time saya akan sambung entry tentang LIMA cara mengurangkan BENGKAK SUSU pulak yer.... Stay Tune!!~~

# FightForBreastFeeding

Ingin tahu tentang tips penyusuan susu ibu?
Boleh Call/Whatsapp/sms 
019.621.9659 {anne ilani}

Comments