5 Soalan Lazim tentang Penyusuan Susu Ibu.

Teks oleh: Anne Ilani

Hari ni saya nak share tentang 5 soalan Lazim tentang Penyusuan Susu Ibu:


1 🔺 Jika baby saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Bayi, BOLEHKAH saya menyusuinya?

💚 SUDAH TENTU.
Bayi dalam 'Jagaan Rapi' lebih memerlukan susu. Beritahu kakitangan di unit itu bahawa anda ingin menyususkan bayi anda. Jika bayi anda tidak boleh menghisap, mereka akan tunjukkan cara memerah susu untuk bayi anda.



2 🔺 MUNGKIN susu saya terlalu cair untuk bayi saya?

💚 TIDAK.
Bila susu mula mengalir, kepekatannya kadangkala berubah dari berkrim kepada berair atau sebaliknya. Keadaan ini adalah normal.



3🔺 MUNGKINKAH susu saya boleh kering?

💚 Ini boleh berlaku TETAPI keadaan ini dapat diatasi jika bayi anda
1) menyusu/ mengosongkan payu dara  dengan kerap 
2) anda sentiasa tenang
3) mendapat zat makanan yang seimbang
4) berehat dengan secukupnya




4🔺 BOLEHKAH saya menyusu bayi selepas bersalin secara pembedahan 'caesarian'?

💚 Anda masih boleh memegang dan menyusu bayi sebaik sahaja selepas bersalin, walaupun anda mungkin memerlukan bantuan. Anda mungkin terpaksa berbaring di katil untuk beberapa jam pertama, tetapi anda digalakkan bangun dan bergerak selepas itu untuk mempercepatkan pemulihan.

( Ibu yang bersalin secara 'Caesarian' boleh cuba teknik Clutch Hold/ Football Hold sebab posisi ni tidak menekan luka pembedahan).
# Clutch Hold: sama macam kita kepit handbag clutch kat ketiak.



5🔺 Jika payu dara saya tidak membesar semasa mengandung, atau jika saya mempunyai payudara yang kecil, BOLEHKAH saya menyusukan bayi?

💚SUDAH TENTU.
Ramai wanita yang tidak mengalami perubahan saiz payu dara tetapi masih berjaya menyusukan bayi mereka. Saiz payudara TIADA KAITAN dengan keupayaannya menghasilkan susu.


#FightForBreastFeeding



Rujukan:

Unit Pendidikan Kesihatan 
HOSPITAL PUTRAJAYA

4 RAHSIA Penyusuan Ibu Bekerjaya, Zuain Ghani: Pakar Laktasi Bertauliah, Pusat Perubatan Universiti Malaya , m/s 33


Ingin tahu tentang info penyusuan 
 Boleh Call/Whatsapp/sms 
                                                 
019.621.9659 {anne ilani}
Bandar Baru Bangi dan Kajang.



Comments