Air memang penting tapi bukan untuk semua

Teks: AnneIlani

1 September yang baru ni saya bawak Rian pi Check up 3 bulan...

Seperti rutin biasa, check berat, tinggi, ukur lilit kepala...

Berat Rian 3 bulan.

Alhamdulillah...membesar bagai juara...Kalau ikut rekod Rian,

Lahir        : 2.98 kg
1 bulan     : 4.9 kg
2 bulan     : 6.1 kg
3 bulan     : 6.4 kg

Anak Ibu, Rian, 3 bulan.

Okla anak ibu, walaupun berat tak naik banyak sangat 3 bulan ni...as long as bertambah dan dalam graf pertumbuhan yang baik, ibu bersyukur sangat...

Jadi, sementara tunggu untuk vaksin umur 3 bulan tu, saya pun dudukla. Kemudian, saya ternampak ada satu pasangan muda ni. Anak pertama rasanya. Ibu masih berstoking. Baby pun masih kemas berbedung. Ibunya pas baby pada ayahnya dan ayah lepas tu kuarkan botol kecik..botol kecik tu ada AIR MASAK. Ayah tu pun bagi air masak dalam botol tu, baby pun minum tanpa menolak...

Adodoi!! Terkejut saya. Tapi tak mampu nak jumpa ayah tu dan tegur. Maafkan saya kerana tak mampu menegur ayah tadi..hanya mampu menegur di dalam hati sahaja (selemah-lemah iman.. :( tak cukup keberanian...tak sempat habis sebotol air masak tu, nama Rian dipanggil ...

Kerana kekhilafan saya yg tidak mampu dan tidak cukup berani untuk menegur ayah tadi...saya harap saya dapat menulis dengan tujuan ibu ayah di luar sana dapat ilmu ini.

INFO: TIDAK BOLEH beri bayi kurang 6 bulan minum AIR MASAK. Diulang, TIDAK BOLEH.

Kenapa? 

Orang dulu-dulu siap pesan, lepas bagi anak susu, mesti bilas mulut anak dengan air masak..tak jadi apa pun. Dah besar panjang pun sekarang.

Hurmmm...dulu mungkin kurang pendedahan tentang apa yang sepatutnya dibuat. Sekarang, dah banyak info, kursus, kelas, buku, pakcik google...jadi kene rajin membaca.,...

Kat sini saya sertakan KENAPA TAK BOLEH BAGI BAYI BAWAH 6 BULAN MINUM AIR??

                                    

Ini antara EMPAT  risiko-risikonya yer,,,

1- MERENCATKAN TUMBESARAN


                                      

Perut baby ni kecik sangat. Jadi, kalau kiter bagi baby ni banyak minum air, nanti baby cepat kenyang. Bila dah kenyang, baby kurang berminat nak minum susu ibunya. Akibatnya, khasiat dalam susu ibu yang pelbagai ( antibodi, karbohidrat, protien, anti parasit...etc) tu tak dapat diberi kpd baby secara optima. Ini seterusnya boleh menjejaskan kadar pertumbuhan baby sebab air masak ni takde sebarang khasiat.

Selain itu ada kajian yang mendapati bahawa

' Pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran baby....' 

ouchhhhh



2- MERENCATKAN AKAL

Hadudui!! Baca je pun rasa takut kan..? 

Mengikut Pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham (eh, macam nama manja i olls ;p), pemberian air akan memburukkan lagi keadaan baby yang ada jaundis (sakit kuning) sehingga boleh menyebabkan ' kernicterus' a.k.a TERENCAT AKAL. Sebabnya, air ni akan tingkatkan lagi tahap bilirubin dalam darah. Bayi pun akan lebih mengantuk, lesu, tak bermaya dan taknak menyusu drpd ibunya. 



3- MENGANCAM NYAWA

Air ni boleh datang dari pelbagai sumber kan? Maksudnya air ada risiko tercemar. Dan ini bermakna air boleh membawa kuman. Akibatnya, baby boleh cirit birit. Bukan itu je, kalau kiter cuci bekas air dan puting tak bersih pun boleh menyumbang kpd baby cirits biritsssss...Kesian tau kalau baby kalau kecik2 lagi dah cirit birit, sedangkan org tua pun tak tahan kalau cir bir...ni kan lagi baby....

Selain itu, air gak tak perlu diberi pada baby sebab air boleh menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu pada usus baby...konsep macam bilas gakla, air akan bilas salutan pelindung penyakit tu....iskkkkkk



4- MENGAKIBATKAN SAWAN TARIK

Ni terutamanya kalau kiter bagi air pada baby yg umur kurang 5 minggu. Bila kiter bagi air terlalu banyak pada baby, ini akan cairkan garam dalam darah baby. ini seterusnya menyebabkan suhu badan rendah, kembung dan sawan tarik. Sindrom ini kiter panggil 'oral water intoxication'.







Jadi, kalau baby dah minum FM...camna nak bancuh plak kan???

hihi..memang bancuh guna air..tapi.....gunakan air yang secukupnya sahaja..seperti yang disyorkan sahaja...jangan memandai nak jimat susu FM jadi bancuh letak air banyak-banyak..bahaya ok!! 

Tapi, cubala bagi SUSU IBU sebab....





Ingin tahu tentang tips penyusuan susu ibu?
 Boleh Call/Whatsapp/sms 
019.621.9659 {anne ilani}


Comments