Teks: AnneIlani
Herba banyakkan susu? Betul ke?
Hari ni nak cakap tentang 'Galactogogue'. Apa tu..berbelit lidah nak sebut.
Sebenarnya
Galactogogue adalah istilah sains yg memberi definisi " herba atau pun ubatan
yg digunakan bagi membantu MEMULAKAN, MENGEKALKAN & MENINGKATKAN
PENGHASILAN SUSU BADAN"
Siapa yg perlu
makan Herba Galactogogue?
Lazimnya
ia diberikan kepada ibu yg bermasalah menghasilkan susu yg secukupnya selepas
5-7 hari melakukan segala yg perlu seperti menyusu dgn kerap, memerah susu
& teknik-teknik yg lain.
Herba ternyata LEBIH natural berbanding ubatan tetapi
belum ada kajian khusus yg dijalankan ke atas banyak herba yg biasa digunakan
oleh nenek moyang kita.
![]() |
Halba |
Di antara
herba yg biasa disyorkan adalah Halba ataupun lebih dikenali sbg 'Fenugreek'. Herba
ini diluluskan oleh FDA Amerika Syarikat.Kesannya dapat dilihat dlm masa 1-3
hari bergantung kpd individu.
Walau
bagaimanan pun ada ibu yg mengalami cirit birit dan pengambilan halba juga dpt
menukar bau peluh dan air kencing seperti bau maple. Ia juga tidak digalakkan
diambil oleh ibu yg mengalami kencing manis, mengambil ubat warfarin atau
alah kpd kekacang. Ini salah satu contoh herba galactogogue.
Selain itu , di Negara Eropah
herba seperti Goat's Rue, milk thistle dan ALFALFA sering dikaitkan dgn peningkatan susu ibu.
![]() |
Fakta dalam buku |
Rujukan : Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu. Dr Faridah Idris, MBBS, IBCLC
![]() |
Alfalfa juga digunakan sebagai "Milk Booster" |
Ingin tahu tentang tips penyusuan susu ibu?
Boleh Call/Whatsapp/sms
019.621.9659 {anne ilani}
COD: BANDAR BARU BANGI & KAJANG
Comments
Post a Comment