Kenapa baby TIDUR NYENYAK selepas diberi minum sebotol susu TIRUAN?

Teks: AnneIlani

Tadi saya pergi kenduri kahwin, sedap gak lauknya….style orang jawa…maklumla kendurinya kat Johor…ada nasi minyak, lauk sambal goreng, pedal dan hati masak jawa ungkep, ayam goreng rempah, daging black pepper, bubur kacang, air tembikai fresh, air oren..dengan kerepek-kerepek lagi….saya pun makan dengan berselera Dapnyer….


                                                              

Balik-balik je, tak sempat sampai rumah, saya dah tertidur dalam kereta…mata rasa tak boleh bukak…mengantuk sangat, maybe kenyang sangat rasanya..maka tertidurla saya dalam kekenyangan…
                  
Apa kaitan dengan tajuk di atas??

Hihihihih…Sebenarnya dari kisah benar di atas, dah dapat menjawab persoalan ibu-ibu..
‘Kenapa yer baby saya mesti tidur nyenyak selepas diberi minum susu sebotol?’...

Perhatikan situasi ini:

Baby diberi susu ibu secara direct feeding (DF), tapi tak lama lepas tu baby menangis..nak susu lagi…kiter pun suakan susu DF…tengah2 minum terlelap…pastu tak lama tidur, terjaga lagi nak menyusu lagi…bila berulang-ulang…kiter mula terfikir ‘baby aku ni tak cukup susu aku agaknya…’ dier lapar….’ Pastu ditambah lagi dengan “mak/ mak mertua saya suruh bagi susu botol, SEBOTOL je…bagi baby tidur nyenyak..susu badan tak cukup tu, sebab tu dier nangis je…’

Gambar sekadar hiasan

Dan, tiba-tiba kita pun beri susu tiruan…’ala…sebotol je kottt…, pasni aku DF la balik….bagi dier kenyang..’. dan, memang benar, baby tidur nyenyakkkkk lepas minum susu tiruan nan sebotol tadi…..

Sekali lagi, Kenapa yer Baby tidur Nyenyak lepas minum susu tiruan nan sebotol tadi…??

Senang je jawapannya, sama macam saya yang mengantuk selepas kekenyangan makan makanan kenduri tadi..baby pun mengalami kes yang sama. .

Susu tiruan ni sebenarnya MAKANAN BERAT untuk perut bayi. Jadi, perut baby sebenarnya dipaksa untuk BEKERJA LEBIH KUAT untuk MEMPROSES dan MENGHADAM makanan berat a.k.a susu tiruan tadi. Jadi, no wonderla baby akan tertidur nyenyak selepas hanya sebotol susu tiruan tadi.
‘Alaaa….sebotol je kott….’

ITU YANG SILAP. Tahu tak yang kerana ‘Hanya Sebotol Susu Tiruan’ tadi tulah..
11) kiter dah KEHILANGAN satu sesi DF dengan baby kiter…
22) Maksudnya, susu TAK DAPAT dikeluarkan dari breast ibu. 
33) Bila susu yang sepatutnya dikeluarkan tetapi sebab ‘Hanya Sebotol..’ tadi menyebabkan ia tidak dikeluarkan, kiter sebenarnya telah menghantar SIGNAL bahawa badan tak perlukan hasilkan susu lagi…

dan, percayalaaaa....dari sebotol akan menjadi berbotol- botol...

Itulah ader pepatah mengatakan..kerana susu sebotoL, badan binasa…(pepatah saya sendiri.. :p)

Jadi, ibu-ibu…jangan mulakan walau sebotol….sebab kerana Hanya Sebotol itulah. lama kelamaan langsung susu badan merundum …dan akhirnya
TIADA…..

Jangan cuba start bagi susu formula


Ingin tahu tentang tips penyusuan susu ibu?
 Boleh Call/Whatsapp/sms 
019.621.9659 {anne ilani}




Comments