Teks: AnneIlani
Sekarang di pasaran ada pelbagai bekas untuk simpan susu. Ada bekas plastik, ada botol plastik, botol kaca dan plastik. Macam saya, ada yang saya simpan dalam botol plastik dan termasuklah plastik.Dulu masa mula-mula BF Rafy, tak pandai simpan dalam plastik. Simpan penuh-penuh jadi gemuk dan bila nak simpan dalam freezer, simpan sikit dah tak muat. Kali ni masa Rian dah pandai dah..hihi.![]() |
Suka tak dapat simpan macam ni?? dapat jimat ruang, kemas dan macam comel. |
![]() |
Step 1: Sediakan plastik susu. apa2 brand pun boleh. ada bubbles, pureen, autumnn, honeysuckle macam2 ada....biasanya, ada dua saiz, 8 oz dan 12 oz. pilih yang mana yg berkenan di hati. |
![]() |
Step 3: Cabut plastik atas tu. plastik susu ni biasanya telah disterilkan. |
![]() |
Step 4: Ngangakan mulut plastik. Aaaaaaa~~~ |
![]() |
Step 5: Tuangkan setiap titisan emas anda ke dalam plastik.. smile emoticon |
![]() |
Step 6: Tekan seal kat atas tu. biasanya akan ader 2 lapis seal. maybe langkah keselamatan. TINGGALKAN hujung tu, jangan seal semua sebab kiter nak buang angin berlebihan dalam plastik tu. |
![]() |
Step 7: Keronyok plastik untuk buang angin dalam plastik tu. |
![]() |
Step 8: Bila semua angin dah keluar, baru kiter tekan seal tu sampai hujung. kuat2 tau. taknak ader susu terkeluar sebab seal tak rapat, rugi2...titisan emas ni. hihi |
![]() |
Step 9: Baringkan bekas plastik tadi dan ratakan dengan jari bahagian bawah plastik tu. bagi sama atas dan bawah. |
![]() |
Step 10: Tuliskan maklumat untuk kegunaan baby sitter nanti. Nama anak: Tarikh: Jumlah oz: |
Comments
Post a Comment